KEMANAKAH WAKAF ANDA DISALURKAN? -Wakaf Anda PWS Salurkan Untuk Manfaat Sekolah Kebangsaaan Dato’ Maharaja Lela-

KEMANAKAH WAKAF ANDA DISALURKAN? -Wakaf Anda PWS Salurkan Untuk Manfaat Sekolah Kebangsaaan Dato’ Maharaja Lela-

9 Ogos 2025, Kuala Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 31,500 dan RM Satu (1) Ribu sebagai Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela, Jeram.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Encik Nizamuddin bin Abdul Majid, Guru Besar serta disaksikan oleh YDP PIBG dan guru-guru di sekolah berkenaan.

Sumbangan sebanyak RM 31,500 tersebut adalah bertujuan untuk pemasangan jubin di surau sekolah.

Bicara wakaf  juga turut diadakan di sini yang disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor kepada guru-guru bagi memberi peluang kepada guru-guru dan melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga SK Dato’ Maharaja Lela dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#satuwakafsejutamanfaat

#skdatomaharajalela

No Comments

Post A Comment