10 Ogos 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyertai Larian Merdeka anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang dirasmikan pelepasan larian oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor bertempat di Dataran Kemerdekaan.
Acara ini melibatkan agensi-agensi Hal Ehwal Agama Islam negeri Selangor dan anak syarikat MAIS antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah, Lembaga Zakat Selangor, Universiti Islam Selangor, Yayasan Islam Darul Ehsan, Teraju Ekonomi Asnaf dan Bakti Suci Holdings.
Selain itu, PWS juga turut membuka booth pameran untuk memberi peluang kepada pengunjung yang hadir untuk melaksanakan ibadah wakaf dan mengenali lebih dekat serta mendapatkan informasi berkenaan instrumen wakaf di negeri Selangor.
Turut hadir di acara tersebut ialah YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi MAIS, Y.A.D Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Orang Besar Daerah Petaling, YBhg. Dato’ Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam dan YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#satuwakafsejutamanfaat
#mbsa
#mais
#larianmerdekamais2025
No Comments