10 Ogos 2025, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan agihan tabung wakaf berjumlah RM 10 Ribu kepada Masjid Al-Hidayah, Telok Panglima Garang.
Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh AF Ustaz Muhammad Firdaus Zulkepli, Pengerus Masjid untuk tujuan unruk menambak tanah tapak perkuburan baharu di kariah masjid tersebut.
Agihan tabung wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid
PWS juga turut mengadakan kuliah maghrib khas yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamed Sharil, Pegawai dari Unit Kutipan dan Agihan PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai Institusi wakaf di negeri Selangor.
Turut memberi peluang kepada ahli kariah untuk melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah masjid dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#andawakafkamiagih
#terimakasihPEWAKAF
#masjidalhidayahtelokpanglimagarang
No Comments