TERIMA KASIH PWS,SERONOK ANAK-ANAK AMBIL AIR SEMBAHYANG -Wakaf Anda DiManfaatkan Oleh SRA Desa Putra,Kajang

TERIMA KASIH PWS,SERONOK ANAK-ANAK AMBIL AIR SEMBAHYANG -Wakaf Anda DiManfaatkan Oleh SRA Desa Putra,Kajang

16 Ogos 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM 49,000 Ribu kepada SRA Desa Putra, Kajang.

Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh AF Ustaz Suhaimi Nesman, Guru Besar SRA Desa Putra.

Ketika ditemui, beliau menzahirkan penghargaan terima kasih kepada pewakaf, dan hari ini manfaat wakaf berkenaan dapat digunakan oleh pelajar untuk mengambil wuduk.

Dalam masa yang sama, PWS  juga turut berpeluang berkongsi perihal wakaf kepada ibu bapa dan guru guru yang disampaikan oleh AF Ustaz Suffian Assauri Omar, Pegawai dari Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai Institusi wakaf di negeri Selangor.

Turut memberi peluang kepada ahli kariah untuk melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

No Comments

Post A Comment