16 Ogos 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan Wakaf.
Alhamdulillah, PWS hadir ke Masjid As Solihin, Padang Jawa menyampaikan ilmu di Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf dan peranan PWS sebagai Intitusi Wakaf di negeri Selangor.
Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments