WAKAF BUKAN SEKADAR MEMBERI, TETAPI MENINGGALKAN LEGASI -Jariah Wakaf Kalian Dipanjangkan Ke Surau Al-Ittihadiyyah Shah Alam

WAKAF BUKAN SEKADAR MEMBERI, TETAPI MENINGGALKAN LEGASI -Jariah Wakaf Kalian Dipanjangkan Ke Surau Al-Ittihadiyyah Shah Alam

17 Ogos 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM 43,000 Ribu kepada Surau Al-Ittihadiayyah Seksyen 9, Shah Alam bagi tujuan menaiktaraf mekanikal dan elektrikal surau berkenaan.

Serahan cek cura tersebut telah diserahkan kepada YBhg. Dato’ TS. Haji Kamel Mohamad, Pengerusi Surau berkenaan.

“Alhamdulillah dengan sumbangan wakaf yang diberikan, secara tidak langsung memudahkan urusan surau ini dan sangat bermanfaat kepada semua Jemaah yang hadir.” Ujar Pengerusi Surau Ittihadiayyah.

Dalam masa yang sama, PWS  juga turut berpeluang berkongsi perihal wakaf kepada Jemaah yang hadir dan disampaikan oleh AF Ustaz Suffian Assauri Omar, Pegawai dari Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai Institusi wakaf di negeri Selangor.

Turut memberi peluang kepada ahli kariah untuk melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah masjid dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

No Comments

Post A Comment