18 Ogos 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor. Delegasi PWS seramai empat orang ini diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Salim bin Mohamed Sain, Ahli Lembaga Pengarah, Wakaf Selangor Energy (WSE) disambut mesra oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Mohd Nazri bin Yasmin, Pengarah JPS Selangor di pejabat beliau di SUK.
Turut serta dalam kunjungan ini adalah Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, En. Mohd Huzairi Bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan En. Mohd Nasoha Bin Jaiman, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan PWS.
Intipati Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat khususnya berkaitan ibadah wakaf yang dicadangkan untuk semua kakitangan JPS turut melazimi melalui kaedah potongan gaji dengan serendah RM 10.00.
Dalam pertemuan berkenaan juga turut dimaklumkan beberapa projek sosial ummah melalui konsep wakaf akan dibangunkan kelak.
Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor bagi memartabatkan syiar dan ekonomi islam di Negeri Selangor.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments