TERIMA KASIH PEWAKAF ! ANAK ANAK SELESA NAK SOLAT DEKAT SURAU -Jariah Wakaf Kalian Dipanjangkan Ke Surau SMK Alam Megah 2

TERIMA KASIH PEWAKAF ! ANAK ANAK SELESA NAK SOLAT DEKAT SURAU -Jariah Wakaf Kalian Dipanjangkan Ke Surau SMK Alam Megah 2

15 Ogos 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM 50,000 Ribu kepada Surau SMK Alam Megah 2 bagi tujuan surau berkenaan.

Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, PWS dan disambut mesra oleh En. Mohd Nasran bin Bakar, Penolong Kanan Pentadbiran dan turut disaksikan oleh Puan Nurul Illunilhayati binti Mat Ludin Pengetua SMK Alam Megah 2.

“Alhamdulillah dengan sumbangan wakaf yang diberikan, secara tidak langsung memudahkan urusan surau ini dan sangat bermanfaat kepada semua Jemaah yang hadir.” Ujar Pengetua SMK Alam Megah 2

Turut hadir bersama Dr Hj Arba’ain b Jaafar, YDP SMK Alam Megah 2 dan Ustaz Suffian Assauri Omar, Pegawai dari Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat PWS.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah masjid dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

No Comments

Post A Comment