20 Ogos 2025, Sungai Buloh – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan Wakaf bersama warga kerja PELADANG di Lembah Peladang Agropark Campsite, Sungai Buloh, Selangor
Perkongsian ilmu yang dipimpin oleh AF Ustaz Ibnu Hubain Abdul Aziz, Eksekutif Bahagian Korporat PWS.
Tahniah buat warga kerja PELADANG yang telah melazimi ibadah wakaf. Kalian adalah pejuang wakaf!
PWS hadir sempenq Program Semarak Kemerdekaan& Perhimpunan Bulanan Lembaga Pertubuhan Peladang Selangor.
Turut hadir bersama Mohd Syahril b. Abd Ghani, Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Selangor.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf dan peranan PWS sebagai Intitusi Wakaf di negeri Selangor.
Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#satuwakafsejutamanfaat
No Comments