26 Ogos 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM 17,000 Ribu kepada Surau Sekolah Kebangsaan Bukit Kerayong, Kapar bagi tujuan naik taraf Surau An Nazofah di sekolah berkenaan.
Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif, Unit Kutipan dan Agihan, Bahagian Korporat, PWS dan disambut mesra oleh Tuan Haji Musa bin Mohd Wahid, Guru Besar sekolah tersebut.
Turut diadakan program penerangan kelebihan wakaf tunai kepada warga pendidik SK Bukit Kerayaong yang di sampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain sendiri adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf dan peranan PWS sebagai Intitusi Wakaf di negeri Selangor.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah masjid dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
—
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#andawakafkamiagih
#terimakasihPEWAKAF
No Comments