19 Ogos 2025, Kuala Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Hospital Banting telah mengadakan bicara khas wakaf merdeka kepada kakitangan Hospital Banting bertempat di Musolla An-Nur, Hospital Banting sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.
Taklimat telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam memperluaskan lagi maksud “Wakaf Perjuangan Akhirat, Merdeka Perjuangan Dunia” kepada kakitangan Hospital Banting.
PWS turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS di negeri Selangor sebagai institusi wakaf dan memberi peluang untuk kakitangan Hospital Banting melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga bicara wakaf ini dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan Hospital Banting dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments