SATU WAKAF , SEJUTA MANFAAT” , TERIMA KASIH PEJUANG-PEJUANJG WAKAF -Jariah Wakaf Anda Disalurkan Ke SRAI Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin

SATU WAKAF , SEJUTA MANFAAT” , TERIMA KASIH PEJUANG-PEJUANJG WAKAF -Jariah Wakaf Anda Disalurkan Ke SRAI Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin

29 Ogos 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM 15,000 Ribu kepada Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin, Seksyen 7 bagi tujuan pemasangan sistem siar raya sekolah berkenaan.

Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nasoha bin Jaiman, Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan PWS dan disambut mesra oleh Guru Besar serta disaksikan oleh guru-guru di sekolah tersebut.

“Alhamdulillah dengan sumbangan wakaf yang diberikan, secara tidak langsung memudahkan urusan surau ini dan sangat bermanfaat kepada semua Jemaah yang hadir.” Ujar Guru Besar SRAI tersebut.

Turut hadir sama Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS untuk menyampaikan taklimat dan perkongsian ilmu berkenaan wakaf dalam memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf dan peranan PWS sebagai Intitusi Wakaf di negeri Selangor.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada warga SRAI Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.

 

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

 

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

 

Layari Wakaf Selangor Online

 

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

No Comments

Post A Comment