“TERUSKAN BERWAKAF” MASJID AL-HUSNA MENERIMA MANFAAT KARPET BAHARU SEBANYAK RM50,000

“TERUSKAN BERWAKAF” MASJID AL-HUSNA MENERIMA MANFAAT KARPET BAHARU SEBANYAK RM50,000

31 Ogos 2025, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 50 Ribu kepada Masjid Al-Husna, Bandar Sunway, Subang.

Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ismail, Pengurus Bahagian Kewangan PWS dan disambut mesra oleh AF Ustaz Abdul Wafi bin Alias, Pengurus Masjid Al-Husna.

sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk pemasangan karpet baharu di masjid tersebut.

PWS juga turut mengadakan kuliah maghrib khas yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf serta peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor.

Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah dan jemaah agar menjadi jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakafmembangunkanummah

#wakaftunai

#andawakafkamiagih

#satuwakafsejutamanfaat

#masjidalhusnabandarsunway

 

No Comments

Post A Comment