1 September 2025, Hulu Langat – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM 35 Ribu kepada Masjid Al-Azim, Pandan Indah Ampang untuk tujuan pemasangan kamera litar tertutup di masjid berkenaan.
Serahan cek cura tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ismail, Pengurus Bahagian Kewangan PWS dan disambut mesra oleh AF Ustaz Abu Zaren bin Hamid, Timbalan Pengurus Masjid Al-Azim.
PWS juga turut mengadakan kuliah maghrib khas yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf serta peranan PWS sebagai institusi wakaf di negeri Selangor.
Turut dibuka kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada ahli kariah dan jemaah agar menjadi jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh berwakaf tunai! Sumbangan Wakaf kini lebih mudah dan pantas melalui laman web PWS:
No Comments