2 September 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Bank Rakyat Cawangan Vista Alam telah mengadakan bicara wakaf kepada kakitangan Bank Rakyat di Seksyen 14.
Taklimat telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam memperluaskan lagi maksud “Satu Wakaf, Sejuta Manfaat” kepada kakitangan Bank Rakyat Cawangan Vista Alam.
Bicara Wakaf ini merupakan satu langkah untuk PWS menyampaikan maklumat wakaf dan peranan PWS sebagai institusi wakaf di Selangor kepada agensi-agensi perbankan dengan bermulanya di Bank Rakyat di setiap cawangan.
PWS turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk memberi peluang kepada kakitangan Bank Rakyat melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Semoga bicara wakaf ini dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan Bank Rakyat dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments