TERIMA KASIH PEWAKAF, SERONOK ANAK-ANAK DAPAT MEJA DAN KERUSI BAHARU -Wakaf Anda Dimanfaatkan ke SRA Bukit Kapar Timur

TERIMA KASIH PEWAKAF, SERONOK ANAK-ANAK DAPAT MEJA DAN KERUSI BAHARU -Wakaf Anda Dimanfaatkan ke SRA Bukit Kapar Timur

4 September 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyerahkan sumbangan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM 25,000 Ribu kepada SRA Bukit Kapar Timur.

Serahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus, Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Guru Besar SRA Bukit Kapar Timur.

Ketika ditemui, beliau menzahirkan penghargaan terima kasih kepada pewakaf, dan hari ini manfaat wakaf berkenaan dapat digunakan oleh pelajar untuk belajar dengan selesa.

Dalam masa yang sama, PWS  juga turut berpeluang berkongsi perihal wakaf kepada ibu bapa dan guru guru yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf dan peranan PWS sebagai Institusi wakaf di negeri Selangor.

Turut memberi peluang kepada ahli kariah untuk melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pelajar dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang sehingga yaumulakhirah.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#indahnyaberwakaf

#andawakafkamiagih

#terimakasihPEWAKAF

 

No Comments

Post A Comment