PWS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF TUNAI KEPADA INSTITUSI AGAMA DI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PWS SEBARLUASKAN SUMBANGAN WAKAF TUNAI KEPADA INSTITUSI AGAMA DI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

5 September 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf  kepada institusi agama di negeri Selangor.

Sumbangan tersebut merangkumi daripada agihan tabung wakaf dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 33% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada  Masjid Jamiul Ehsaniah Kampong Sijangkang Kuala Langat sebanyak RM31,082.70 untuk naik taraf ruang solat masjid.

Serahan cek cura telah disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Muhamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS.

Turut diadakan tazkirah jumaat di dua buah institusi tersebut bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf, PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#andawakafkamiagih

#terimakasihpewakaf

No Comments

Post A Comment