25 September 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan kerjasama Badan Dakwah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan perkongsian wakaf kepada kakitangan MBSA betempat di Dewan Banquet Wisma MBSA yang turut menampilkan fiqura dakwah terkenal AF Ustaz Yaakub Yusra.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS bertujuan untuk menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat dalam memperluaskan lagi maksud “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Tetap Mengalir” kepada kakitangan MBSA.
PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai disini bertujuan untuk memberi peluang kepada kakitangan MBSA melaksanakan ibadah wakaf melalui potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.
Turut serta pembukaan pameran tersebut ialah dari Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi ruang dan peluang kepada kakitangan MBSA dalam melaksanakan ibadah dan meningkatkan amalan sunnah nabi Muhammad S.A.W.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW: “Apabila mati seorang manusia, terputus segala amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang dimanfaat dengannya, dan anak soleh yang mendokan baginya” (Hadis riwayat Muslim)
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
untuk berwakaf tunai.
#wakafselangor
#wakaftunai
#wakafmembangunkanummah
#indahnyaberwakaf
#satuwakafsejutamanfaat
#mbsa
No Comments