30 September 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan agihan tabung wakaf bernilai RM 57,066.30 kepada Masjid An-Nur Temasya Glenmarie.
Serahan cek cura telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari Pengurus Bahagian Korporat PWS dan disambut mesra oleh Penolong Pengurus masjid berkenaan.
Agihan tabung wakaf tersebut adalah dari kutipan Tabung Wakaf Tunai yang diletakkan di Masjid, 50% dari hasil kutipan Tabung akan diserahkan balik kepada Masjid untuk baik pulih tandas dan naik taraf dewan serbaguna di masjid tersebut.
Turut diadakan Kuliah Maghrib khas di masjid tersebut bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf, PWS juga turut membuka kaunter wakaf tunai untuk memberi peluang kepada para jemaah melaksanakan ibadah wakaf.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf-pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments