KUNJUNGAN HORMAT PWS KE LEMBAGA ZAKAT SELANGOR -PWS Perluas Kerjasama Antara Agensi Bawah Majlis Agama Islam Selangor

KUNJUNGAN HORMAT PWS KE LEMBAGA ZAKAT SELANGOR -PWS Perluas Kerjasama Antara Agensi Bawah Majlis Agama Islam Selangor

2 Oktober 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Lembaga Zakat Selangor. Delegasi PWS seramai lima orang ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Haji Md. Yusof, Pengerusi PWS dan disambut mesra oleh YBrs. Tuan Mohd Khaidzir bin Shahari, Ketua Pegawai Eksekutif LZS di Ibu Pejabat Zakat Selangor.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Encik Mohd Hafiz bin Ismail, Pengurus Bahagian Kewangan PWS, Encik Muhammad HAfiz bin BAhari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.

Kunjungan dua hala ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS serta perbincangan dan kerjasama yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf dan zakat agar dapat dilaksanakan bagi memartabatkan syiar dan ekonomi islam di Negeri Selangor.

Selain itu, turut diketengahkan berkenaan wakaf tunai korporat, galakan kakitangan LZS melaksanakan ibadah Wakaf Tunai melalui konsep potongan gaji dan secara tunai terus.

Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan LZS bagi memartabatkan Institusi Wakaf  dan Zakat dalam membangunkan ekonomi Islam di negeri Selangor yang merupakan agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#mudahnyaberwakaf #satuwakafsejutamanfaat

#lzs

No Comments

Post A Comment