KULIAH MAGHRIB KHAS BERSAMA PWS

KULIAH MAGHRIB KHAS BERSAMA PWS

3 Oktober 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus giat dalam memperkasakan dan sebarluaskan Kuliah Wakaf di Surau Nurus Saadah, Taman Meru 4.

Kuliah yang disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran serta hikmah dan fadhilat kepada masyarakat untuk melaksanakan ibadah wakaf dan peranan PWS sebagai Intitusi Wakaf di negeri Selangor.

Selain itu, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memberi peluang kepada ahli kariah melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, auto debit, debit langsung (direct debit), secara terus (one-off) dan QR code.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#satuwakafsejutamanfaat

#suraunurussaadahtamanmeru4

No Comments

Post A Comment