KUNJUNGAN HORMAT PWS KE PEJABAT TENAGA NASIONAL BERHAD SELANGOR -PWS Terus Merangka Usahasama Bersama Agensi Korporat di Selangor-

KUNJUNGAN HORMAT PWS KE PEJABAT TENAGA NASIONAL BERHAD SELANGOR -PWS Terus Merangka Usahasama Bersama Agensi Korporat di Selangor-

9 Oktober 2025, Subang Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor. Delegasi PWS seramai tiga orang ini diketuai oleh YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disambut mesra oleh Encik Mahamad Farizan bin Mahamad, Pengurus Besar dan Encik Zai Azrin bin Zainorin, Pegawai Berkepentingan TNB Selangor  bertempat di Wisma TNB Subang Jaya.

Turut serta dalam kunjungan ini adalah Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan Encik Mohd Sapie bin Tumiran, Pembantu Eksekutif, Unit Korporat, Media dan Promosi PWS.

Kunjungan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan PWS sebagai sebuah Institusi Wakaf di Negeri Selangor, perbincangan yang boleh dijalinkan antara kedua-dua pihak bagi pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat ummah melalui konsep wakaf agar dapat dilaksanakan seiring dengan misi dan visi PWS serta wakaf korporat melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan galakan kakitangan TNB Selangor untuk melaksanakan Ibadah Wakaf.

Semoga perjumpaan ini membuka ruang kerjasama antara PWS dan TNB Selangor bagi memartabatkan syiar dan ekonomi islam di Negeri Selangor.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

untuk berwakaf tunai

#wakafselangor

#wakaftunai

#wakafmembangunkanummah

#tnbselangor

No Comments

Post A Comment