PWS HADIR MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN GEDUNG FESYEN TERAJU EKONOMI ASNAF SDN BHD (TERAS) Langkah Strategik Memperkasakan Ekonomi Asnaf dan Produk Muslim di Selangor
27 Oct PWS HADIR MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN GEDUNG FESYEN TERAJU EKONOMI ASNAF SDN BHD (TERAS) Langkah Strategik Memperkasakan Ekonomi Asnaf dan Produk Muslim di Selangor
27 OKT 2025, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah memenuhi undangan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) bagi program Perasmian Gedung Fesyen TERAS yang disempurnakan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi MAIS.
Gedung fesyen yang telah dirasmikan ini menyediakan pelbagai produk seperti kelengkapan persekolahan, baju harian, kurta, tudung dan pelbagai jenis pakaian boleh didapati disini dengan harga yang sangat berpatutan.
PWS mengucapkan tahniah kepada TERAS khususnya semua kakitangan yang telah mengembling tenaga dan idea bagi merealisasikan Gedung fesyen TERAS yang pertama dalam negeri Selangor. PWS juga menyeru kepada semua pewakaf khususnya disekitar Lembah Klang untuk mendapatkan sepersalinan pakaian khususnya bagi kelengkapan persekolahan bagi tujuan persekolahan pada sesi 2026 yang akan tiba kelak.
Kehadiran PWS diketuai oleh Dato’ Haji Ibrahim bin Md. Yusof, Pengerusi PWS dan turut serta Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS.
No Comments