PWS TERIMA SUMBANGAN WAKAF TUNAI RM2 JUTA “Manfaat dunia,ganjaran akhirat yang kekal abadi”

PWS TERIMA SUMBANGAN WAKAF TUNAI RM2 JUTA “Manfaat dunia,ganjaran akhirat yang kekal abadi”

3 November 2025, Shah Alam –Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seorang Hamba Allah atas sumbangan wakaf tunai bernilai RM2 juta bagi memperkukuh pembangunan ummah melalui pelaksanaan projek-projek Wakaf di bawah seliaan PWS.

Sumbangan ini melambangkan keikhlasan hati dan kecintaan kepada akhirat, serta menjadi bukti bahawa instrumen wakaf terus diyakini sebagai jalan keberkatan dan manfaat berpanjangan untuk umat Islam.

PWS akan memastikan sumbangan berharga ini diuruskan secara amanah, telus dan berimpak tinggi, agar manfaatnya sampai kepada masyarakat yang memerlukan serta memberi kesan berterusan kepada pembangunan ummah di negeri Selangor.

PWS menyeru seluruh masyarakat Islam untuk sama-sama menyemarakkan budaya berwakaf sebagai tanda cinta kepada Allah, demi kelangsungan manfaat dan kemakmuran ummah.

Layari www.wakafselangor.gov.my untuk menunaikan wakaf anda hari ini.

#PerbadananWakafSelangor #WakafSelangor #WakafFisabilillah #HambaAllah #WakafTunai #WakafProduktif #EkonomiUmmah #LegasiKebaikan #PahalaBerkekalan #WakafMembangunkanUmmah

No Comments

Post A Comment