PWS TERUS SEBARLUAS DAKWAH WAKAF DI INSTITUSI AGAMA NEGERI SELANGOR “Biarpun Nafas Terhenti,Jariah Tetap Mengalir”

PWS TERUS SEBARLUAS DAKWAH WAKAF DI INSTITUSI AGAMA NEGERI SELANGOR “Biarpun Nafas Terhenti,Jariah Tetap Mengalir”

8 November 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh agenda dakwah dan kesedaran masyarakat terhadap amalan wakaf melalui penganjuran Kuliah Maghrib Khas di  negeri Selangor.

 Kuliah  berlangsung di Masjid Nurul Iman, Telok Gadong, Klang, disampaikan oleh AF Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil, Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS bertajuk “Wakaf: Persediaan Sebelum Kematian.”

Majlis turut diserikan dengan pembukaan kaunter wakaf, memberi peluang kepada para jemaah menunaikan wakaf secara langsung serta mendapat pencerahan mengenai manfaat dan fadhilat amalan ini.

PWS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan surau dan masjid yang terlibat atas kerjasama erat dalam menjayakan program dakwah ini.

Mari kita jadikan harta yang dimiliki sebagai bekalan akhirat dan sumber keberkatan yang berterusan untuk ummah.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor #WakafSelangor  #DakwahWakaf #KuliahMaghribPWS #PahalaBerkekalan #WakafProduktif #WakafMembangunkanUmmah

 

No Comments

Post A Comment