PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM50,000 SEMPENA PELANCARAN DANA WAKAF KHAS MASJID NURUL IMAN IJOK

PWS SERAH SUMBANGAN WAKAF FISABILILLAH RM50,000 SEMPENA PELANCARAN DANA WAKAF KHAS MASJID NURUL IMAN IJOK

8 November 2025, Kuala Selangor –Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus komited memperkasa pembangunan institusi masjid di negeri Selangor dan menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM50,000 kepada Masjid Nurul Iman, Ijok.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, sebagai tanda sokongan kepada Pelancaran Dana Wakaf Khas Kompleks Masjid Baharu Nurul Iman, Ijok yang bakal menjadi pusat tumpuan komuniti setempat bagi aktiviti keagamaan, sosial dan pendidikan.

Majlis turut diserikan dengan Forum Khas bertajuk “Mencari Bahagia Abadi”menampilkan barisan ahli panel terkemuka YBhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, YBhg. Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias dan dimoderatorkan oleh YBhg. Ustaz Mohd Hariri bin Daud.

Program ini merupakan sebahagian daripada Program Mesra Masjid Peringkat Daerah Kuala Selangor, hasil kerjasama strategik antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Masjid Nurul Iman Ijok, dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

PWS merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini, khususnya kepada pewakaf yang terus menyalurkan sokongan melalui Dana Wakaf Khas bagi memakmurkan rumah Allah dan memperkukuh institusi ummah.

“Sesungguhnya wakaf adalah amal yang terus mengalir, menjadi sumber pahala yang tidak terputus walau jasad telah terhenti.”

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor #WakafSelangor #WakafFisabilillah #MasjidNurulImanIjok #ProgramMesraMasjid #PahalaBerkekalan #WakafProduktif #WakafMembangunUmmah #JAIS

No Comments

Post A Comment