12 November 2025, Kuala Lumpur –Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh usaha penyebaran dakwah wakaf melalui platform penyiaran nasional apabila telah bersiaran langsung di Rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM), RTM 1 pada pagi ini.
Siaran tersebut menampilkan YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS yang berkongsi kupasan menarik bertajuk “Rezeki Berwakaf, Berkat Berkekalan”.
Dalam perkongsian tersebut, beliau menjelaskan bagaimana amalan berwakaf bukan sahaja membuka pintu keberkatan dan keberhasilan rezeki, malah menjadi mekanisme sosial yang memperkukuh ekonomi ummah dan membantu pelbagai sektor termasuk pendidikan, kesihatan serta kebajikan masyarakat.
Sesi bual bicara ini dihoskan oleh Ridwan Mustaffa, yang turut mengupas peranan PWS sebagai agensi pemegang amanah wakaf negeri Selangor serta pelbagai inisiatif terkini dalam memperluas manfaat Wakaf di seluruh negeri.
PWS mengucapkan penghargaan kepada pihak RTM dan penerbit Selamat Pagi Malaysia atas ruang kolaborasi strategik dalam mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap potensi besar wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah.
📢 Jom berwakaf bersama PWS!
Biar sedikit, asalkan berterusan — kerana rezeki yang dikongsi, membawa berkat yang berkekalan.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
Layari Wakaf Selangor Online
https://fpx.wakafselangor.gov.my/
atau
https://infaqpay.my/go/wakafselangor
Untuk berwakaf tunai.
#PerbadananWakafSelangor #WakafSelangor #RTM #SelamatPagiMalaysia #RezekiBerwakaf #BerkatBerkekalan #WakafFisabilillah #WakafMembangunkanUmmah #PahalaTerusMengalir
No Comments