PWS & LZS MUDAHKAN UMMAH BERWAKAF DI 19 CAWANGAN SELURUH SELANGOR

PWS & LZS MUDAHKAN UMMAH BERWAKAF DI 19 CAWANGAN SELURUH SELANGOR

12 November 2025, Shah Alam –Menjelang hujung tahun, ramai umat Islam menunaikan kewajipan berzakat. Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyeru agar masyarakat turut menyempurnakan amal kebajikan dengan melazimi ibadah wakaf sebagai bekalan pahala yang berkekalan.

Kini, umat Islam boleh berwakaf dengan mudah di 19 cawangan rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) di seluruh negeri. Inisiatif strategik ini memudahkan pewakaf melaksanakan ibadah wakaf sejurus selepas menunaikan zakat, sekaligus memperluas manfaat sosial dan ekonomi ummah melalui Dana Wakaf Selangor.

PWS turut merakamkan penghargaan kepada Saudara Mohd Ariff Mohd Shariff, Pemangku Ketua Divisyen Perkhidmatan Cawangan dan Hab LZS atas komitmen sebagai pemudah cara utama dalam menjayakan kerjasama ini.

Wakaf Anda, Senyuman Mereka!

Lengkapkan tahun anda dengan dua ibadah penuh keberkatan — Zakat dan Wakaf.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor #LembagaZakatSelangor #WakafSelangor #WakafAndaSenyumanMereka #WakafMembangunkanUmmah #JomBerwakaf

No Comments

Post A Comment