13 November 2025, Pelabuhan Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperluas manfaat wakaf dalam sektor pendidikan melalui penyerahan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM16,000 kepada KAFA Integrasi Al-Hidayah, Kampung Keretapi, Pelabuhan Klang bagi tujuan naik taraf tembok sekolah demi menjamin keselamatan dan keselesaan para pelajar.
Penyerahan cek cura dan taklimat khas mengenai kepentingan wakaf telah disampaikan oleh AF Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan & Agihan, Bahagian Korporat PWS. Cek tersebut diterima oleh Puan Suzana binti Wahidun, Ketua Guru KAFA Integrasi Al-Hidayah.
Dalam sesi tersebut, guru-guru turut mengambil peluang melaksanakan wakaf tunai melalui potongan gaji bulanan, sebagai tanda sokongan dan kesedaran terhadap keberkatan wakaf dalam membangunkan ummah.
“Wakaf bukan sekadar pemberian, tetapi satu legasi keberkatan yang mengalir tanpa henti.”
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments