KUNJUNG HORMAT PWS KE YAYASAN WAQAF MALAYSIA KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR KE HALAL DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (HDC)

KUNJUNG HORMAT PWS KE YAYASAN WAQAF MALAYSIA KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR KE HALAL DEVELOPMENT CORPORATION BERHAD (HDC)

19 November 2025, Petaling Jaya – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Halal Development Corporation Berhad (HDC) sebagai platform memperkukuh jaringan strategik antara institusi wakaf negeri dan industri pembangunan halal negara.

Kunjungan ini diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, diiringi oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat, serta Encik Norizam bin Buang, Penolong Eksekutif Korporat.

Sesi pertemuan berlangsung dalam suasana mesra dan produktif, menyentuh potensi kerjasama strategik dalam pembangunan ekosistem halal berasaskan instrumen wakaf, termasuk peluang kolaborasi projek, program pemerkasaan masyarakat dan inisiatif ekonomi yang memberi manfaat berterusan kepada ummah.

Pertemuan ini turut membuka peluang kepada PWS dan HDC untuk meneroka agenda bersama dalam memperluas manfaat sosial, memperkukuh kebolehupayaan institusi serta merangka program sinergi yang mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi ummah secara mampan.

PWS komited untuk terus membina rangkaian strategik dengan agensi dan industri utama bagi memastikan agenda wakaf terus berkembang sebagai instrumen pembangunan negara.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my/

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor

#WakafMembangunkanUmmah

#HDC #WakafSelangor #KerjasamaStrategik #EkosistemHalal

 

No Comments

Post A Comment