22 November 2025, Pelabuhan Utara – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh komitmen membantu institusi pendidikan apabila menyerahkan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM40,000 kepada Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara (SKPU) bagi tujuan baik pulih tembok sekolah.
Serahan cek cura disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS, dan disambut mesra oleh Guru Besar SK Pelabuhan Utara.
Turut diadakan Bicara Wakaf bertajuk “Biarpun Nafas Terhenti, Jariah Tetap Mengalir” yang memberi pencerahan kepada seluruh warga sekolah mengenai keindahan, kelebihan dan keberkatan menyertai ibadah wakaf.
PWS juga memberi peluang kepada warga guru-guru dan kakitangan untuk melazimi ibadah wakaf sebagai bekalan yang berkekalan di sisi Allah.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada sekolah dan menjadi pencetus semangat kepada masyarakat untuk terus bersama-sama membina ekosistem wakaf yang lebih berimpak.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda melalui PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments