24 November 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) berbesar hati menghadiri Majlis Pelancaran Pertubuhan Wartawan Jurugambar Selangor (WAJAR) yang berlangsung penuh bergaya di Dewan Negeri Selangor.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, yang menekankan peranan strategik pengamal media dalam membina naratif negeri yang progresif, telus dan berintegriti.
Kehadiran PWS ke acara berprestij ini mencerminkan komitmen organisasi untuk terus memperkukuh jaringan kolaboratif dengan pelbagai entiti strategik, termasuk komuniti media yang memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat berkualiti kepada rakyat.
Majlis yang dihadiri oleh pelbagai barisan profesional media ini turut menjadi platform memperkukuh hubungan, merai usaha wartawan serta mengiktiraf peranan jurugambar sebagai penggerak visual yang menyampaikan kisah secara autentik dan berimpak.
Semoga hubungan erat antara PWS dan komuniti media terus berkembang, selari dengan aspirasi memperluas agenda wakaf ke peringkat yang lebih inklusif dan mampan.
#PWS #WakafSelangor #MajlisPelancaranWAJAR #MBSelangor #PengamalMedia #StrategicEngagement #WakafMembangunkanUmmah
No Comments