PWS SERTAI BOOTH PAMERAN DIKARNIVAL ZAKAT SELANGOR 2025

PWS SERTAI BOOTH PAMERAN DIKARNIVAL ZAKAT SELANGOR 2025

27-29 November 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut hadir memeriahkan Karnival Zakat 2025 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam.

Sepanjang tiga hari program, PWS membuka booth pameran wakaf bagi memberikan penerangan, peluang menyertai wakaf tunai, serta mempromosikan pelbagai inisiatif wakaf yang sedang dijalankan di seluruh Selangor.

Karnival ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik, selain penyertaan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang bersama-sama mempamerkan perkhidmatan serta produk masing-masing kepada para pengunjung.

PWS terus komited membawa mesej “Satu Wakaf, Sejuta Manfaat” kepada masyarakat, sekaligus memperluaskan kefahaman dan penyertaan umat Islam dalam amalan wakaf.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#PWS #WakafSelangor #KarnivalZakat2025

#DewanRajaMudaMusa #SyiarWakaf #WakafMembangunkanUmmah

No Comments

Post A Comment