BICARA WAKAF BERSAMA WARGA PDRM KONTIJEN SELANGOR “Walaupun Nafas Terhenti Jariah Terus Mengalir”

BICARA WAKAF BERSAMA WARGA PDRM KONTIJEN SELANGOR “Walaupun Nafas Terhenti Jariah Terus Mengalir”

3 Disember 2025, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh agenda literasi wakaf melalui Bicara Wakaf bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor yang berlangsung di Dewan D’Cerana, IPK Selangor.

Sesi ilmu penuh bernutrisi rohani ini disampaikan oleh YH Dato’ Dr. Badli Shah Alauddin, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Pahang, yang mengupas secara mendalam konsep sedekah jariah sebagai legasi amal berpanjangan, mengalir pahalanya meskipun roh telah kembali ke negeri abadi. Perkongsian ini membuka horizon baharu kepada anggota keselamatan tentang bagaimana wakaf menjadi instrumen keberkatan yang berkekalan.

Majlis turut diserikan dengan pelancaran kempen Wakaf Warga PDRM sebelum diteruskan dengan detik simbolik yang dinanti-nanti iaitu acara gimik menandatangani Borang Skim Potongan Gaji (SPG) oleh YBhg. CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, Ketua Polis Selangor sebagai tanda komitmen rasmi menyokong inisiatif wakaf PWS.

Langkah berwibawa ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga PDRM untuk bersama-sama menjayakan agenda kebajikan berasaskan jariah.

Program diteruskan dengan penyerahan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM43,500 oleh PWS bagi pembelian 100 unit kerusi roda untuk kegunaan seluruh warga PDRM Selangor sebagai sokongan terhadap perkhidmatan awam dan kebajikan komuniti.

Kolaborasi strategik antara PWS dan PDRM ini bukan sahaja memugar budaya memberi, malah memperkukuhkan ekosistem wakaf sebagai pemangkin kesejahteraan negeri Selangor.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor

#PDRMSelangor

#WakafMembangunkanUmmah

No Comments

Post A Comment