4 Disember 2025, Kuala Lumpur – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar dalam usaha memacu kolaborasi strategik antara institusi wakaf negeri dan syarikat utiliti nasional. Delegasi PWS diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Ahli Lembaga Pengarah PWS, bersama YBrs Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif PWS, serta delegasi tiga orang pegawai.
Ketibaan PWS telah disambut secara profesional dan penuh mesra oleh YBhg. Datuk Ir Megat Jalaluddin bin Megat Hassan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif TNB dan YBhg Datuk Ir Azmi Bin Md Yusof, Chief Global Business Solutions Officer TNB. Sesi libat urus ini memberi tumpuan utama kepada pemerkasaan Agenda Wakaf Tunai Korporat, meliputi penawaran platform penyertaan korporat secara berstruktur bagi membantu pembangunan sosial, pendidikan dan kebajikan masyarakat melalui instrumen wakaf.
Selain itu, turut dibincangkan ialah peluasan Skim Potongan Gaji Kakitangan TNB, yang berpotensi menjadi saluran konsisten bagi warga kerja TNB untuk menyertai amalan wakaf secara bulanan, seterusnya memperkukuh budaya memberi dalam organisasi besar negara.
Pertemuan ini mengukuhkan aspirasi bersama PWS dan TNB untuk melakar kolaborasi mampan yang bukan sahaja berorientasikan tanggungjawab sosial korporat, tetapi juga meluaskan impak wakaf tunai dalam ekosistem kemasyarakatan.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments