PWS SERAH AGIHAN 50% KUTIPAN TABUNG WAKAF TUNAI KEPADA MASJID BUKIT KAPAR 2

PWS SERAH AGIHAN 50% KUTIPAN TABUNG WAKAF TUNAI KEPADA MASJID BUKIT KAPAR 2

11 Disember 2025, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus melaksanakan mandat pemerkasaan wakaf dengan menyalurkan manfaat secara telus, berfokus dan memberi nilai langsung kepada masyarakat.

Terbaharu, PWS telah menyerahkan Agihan Tabung Wakaf berjumlah RM7,199.00 kepada Masjid Bukit Kapar 2, Klang bagi pembelian TV Samsung 85” untuk kegunaan program pendidikan, tazkirah serta pengurusan masjid.

Menariknya, agihan ini merupakan 50% daripada kutipan Tabung Wakaf Tunai yang ditempatkan di masjid tersebut bukti kukuh bahawa setiap sumbangan pewakaf kembali semula kepada komuniti setempat dalam bentuk manfaat yang jelas dan berimpak.

Penyerahan cek cura disempurnakan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS dan diterima penuh penghargaan oleh pihak masjid.

PWS komited memperluas agenda wakaf sebagai solusi mampan dalam pembangunan ummah, selaras dengan aspirasi menjadikan wakaf sebagai budaya memberi yang berterusan.

Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.

Layari Wakaf Selangor Online

https://fpx.wakafselangor.gov.my

atau

https://infaqpay.my/go/wakafselangor

untuk berwakaf tunai.

#PerbadananWakafSelangor

#AgihanWakaf

#WakafTunai

#ManfaatMembangunkanUmmah

#WakafMenghidupkanInstitusiMasjid

No Comments

Post A Comment