11 Disember 2025 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah melaksanakan Kuliah Maghrib Khas diinstitusi agama terpilih sebagai usaha memperluas penyampaian dakwah serta memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap kepentingan ibadah wakaf.
Kuliah Maghrib Khas di Masjid Bukit Kapar 2 disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil. Pengisian menekankan peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah dan amal jariah yang berterusan.
Seiring dengan penganjuran kuliah, kaunter wakaf PWS turut dibuka bagi memudahkan para jemaah mendapatkan maklumat serta menyertai ibadah wakaf secara langsung dalam suasana yang kondusif dan berinformasi.
Pendekatan pelaksanaan serentak ini mencerminkan strategi PWS dalam memperluas capaian dakwah wakaf secara lebih tersusun, berimpak dan berdaya mampan selaras dengan aspirasi memperkasakan ekosistem wakaf di Negeri Selangor.
Ayuh laksanakan wakaf tunai anda di PWS, saluran rasmi, diyakini dan dipercayai.
No Comments