PWS Hadiri Majlis Perutusan Pengerusi MAIS Tahun 2026

PWS Hadiri Majlis Perutusan Pengerusi MAIS Tahun 2026

14 Januari 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menghadiri Majlis Perutusan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tahun 2026 yang berlangsung di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Majlis tersebut dihadiri oleh warga kerja MAIS, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, agensi serta anak syarikat MAIS. Turut hadir ialah barisan kepimpinan negeri dan institusi Islam termasuk Timbalan Pengerusi MAIS, Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ketua Polis Selangor serta Setiausaha MAIS.

PWS diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif.

Dalam majlis yang sama, MAIS telah melancarkan Buku Hala Tuju Kelestarian Hal Ehwal Islam Selangor (HATIS) 2025–2030 sebagai dokumen strategik bagi memperkukuh pengurusan dan pembangunan institusi Islam di Negeri Selangor.

Turut berlangsung ialah penyampaian Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM2.8 juta kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi institusi pendidikan Islam, masjid dan surau serta Sumbangan Tabung Wakaf Tunai berjumlah RM346,000 kepada Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PWS.

Penyertaan dan penglibatan PWS dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam menyokong hala tuju MAIS serta memperkukuh ekosistem wakaf yang mampan dan berimpak tinggi demi kesejahteraan ummah.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my/
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment