23 Januari 2026, Klang – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah melaksanakan agihan Tabung Wakaf berjumlah RM29,714.64 bagi pemasangan sistem siar raya di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek.
Agihan ini merupakan 50 peratus daripada hasil kutipan Tabung Wakaf Tunai yang ditempatkan di masjid tersebut dan disalurkan semula bagi manfaat langsung jemaah setempat.
Penyerahan agihan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hafiz bin Bahari, Pengurus Bahagian Korporat PWS sebagai bukti komitmen PWS dalam mengurus wakaf secara telus, berimpak dan berpaksikan manfaat komuniti.
Pendekatan ini mencerminkan bahawa sumbangan wakaf masyarakat bukan sekadar dikutip, malah dikembalikan secara strategik untuk memperkukuh prasarana masjid, menyokong aktiviti dakwah serta meningkatkan keselesaan dan fungsi rumah ibadah.
Wakaf merupakan pelaburan jangka panjang yang menjana manfaat berterusan kepada ummah. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan:
No Comments