Kunjungan Hormat Pengerusi MAIS ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor

Kunjungan Hormat Pengerusi MAIS ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor

26 Januari 2026, Shah Alam – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin telah mengadakan kunjungan hormat ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor.

Kehadiran beliau telah disambut oleh YAB Dato’ Seri Amiruddin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dalam suasana penuh hormat dan profesional.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan pemantapan hal ehwal Islam di Negeri Selangor termasuk usaha memperkukuh ekosistem wakaf sebagai salah satu instrumen pembangunan ummah yang strategik dan berimpak tinggi.

Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; SS Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan negeri dan institusi agama dalam memperkukuh tadbir urus serta penyelarasan agenda pembangunan Islam demi kesejahteraan ummah di Selangor.

No Comments

Post A Comment