PWS Terima Wakaf Korporat RM400,000 Sempena Bulan Wakaf 2026

PWS Terima Wakaf Korporat RM400,000 Sempena Bulan Wakaf 2026

Shah Alam, 10 Februari 2026 – Dalam majlis yang sama, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menerima simbolik penyerahan Wakaf Tunai daripada sebelas (11) syarikat korporat berjumlah keseluruhan RM400,000.

Antara pewakaf korporat ialah Worldwide Holdings Berhad (RM150,000), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (RM100,000), KDEB Waste Management (RM50,000), Menteri Besar Selangor Incorporated dan Aiman Platinum Sdn. Bhd. (masing-masing RM20,000), serta PKNS Real Estate, MZR Global Sdn. Bhd., Selangor Industrial Corporation dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (masing-masing RM10,000). Meem Gold dan AFTACop Sdn. Bhd. turut menyumbang sebanyak RM5,000 setiap satu.

Komitmen ini mencerminkan sokongan strategik sektor korporat dalam memperkukuh ekosistem wakaf negeri, sekali gus memperlihatkan keyakinan berterusan terhadap pengurusan wakaf yang profesional, berintegriti dan berimpak tinggi.

Penglibatan sektor industri ini selaras dengan aspirasi PWS untuk memperluas peranan wakaf sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi ummah yang mampan.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan dan kebajikan.

Sumbangan Wakaf Tunai boleh dilaksanakan secara dalam talian melalui:

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my/
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

 

No Comments

Post A Comment