PWS Anjur Siri Kuliah Khas “Biar Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir” Sempena Bulan Wakaf Selangor

PWS Anjur Siri Kuliah Khas “Biar Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir” Sempena Bulan Wakaf Selangor

17 Februari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus mempergiat agenda dakwah dan advokasi wakaf melalui penganjuran siri kuliah khas sempena Bulan Wakaf Selangor.

Kuliah Subuh telah berlangsung di Surau Baitul Rahman, Aman Perdana, Klang manakala Kuliah Maghrib diadakan di Surau At-Taqwa, Taman Putra Prima, Puchong dengan pengisian bertajuk “Biar Nafas Terhenti, Jariah Terus Mengalir.”

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Mohamad Sharil, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS yang menekankan kepentingan wakaf sebagai amal jariah berterusan yang memberi manfaat walaupun selepas pemergian seseorang.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen PWS dalam memperkukuh kefahaman masyarakat mengenai peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampan dan berimpak tinggi.

Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan dan kebajikan.

🔗 https://fpx.wakafselangor.gov.my/
🔗 https://infaqpay.my/go/wakafselangor

No Comments

Post A Comment