18 Februari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah meneruskan siri Kuliah Subuh di Surau Nurul Iman, Kampung Lombong sebagai sebahagian daripada program Bulan Wakaf Selangor.
Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS yang menegaskan bahawa wakaf bukan sekadar sumbangan, bahkan merupakan pelaburan akhirat yang memberi manfaat berpanjangan kepada ummah.
Kaunter wakaf turut dibuka bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam memperkukuh ekosistem wakaf negeri.
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai Wakaf Tunai melalui platform rasmi yang disediakan.
No Comments