Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pemenang bertuah Kempen Wakaf & Menang – Year End Wakaf 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya.
Kempen ini merupakan inisiatif strategik PWS dalam memperkasa budaya berwakaf dalam kalangan masyarakat, di samping menghargai sokongan dan kepercayaan berterusan para pewakaf yang menjadi pemangkin kepada kelestarian pembangunan ummah melalui instrumen wakaf.
Sambutan yang amat menggalakkan membuktikan bahawa kesedaran serta komitmen masyarakat terhadap amalan wakaf terus meningkat, selaras dengan aspirasi menjadikan wakaf sebagai ekosistem ekonomi Islam yang progresif, inklusif dan berimpak tinggi.
Semua pemenang akan dihubungi secara rasmi oleh pihak PWS bagi tujuan penyelarasan penyerahan hadiah.
Sesungguhnya, setiap sumbangan wakaf bukan sahaja membuka ruang ganjaran di dunia, malah menjadi pelaburan akhirat yang berterusan dan berkekalan.
Terima kasih kepada semua pewakaf yang telah menjayakan kempen ini. Teruskan bersama PWS dalam memperluas manfaat wakaf demi kesejahteraan ummah.
No Comments