28 Februari 2026, Hulu Selangor – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkasa pembangunan institusi masjid dan surau melalui penyaluran Sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM30,000 bagi pemasangan Sistem Siar Raya Baharu di Surau Al-Muttaqin, Antara Gapi, Serendah.
Cek cura telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suffian Assauri bin Omar, Pegawai Unit Kutipan dan Agihan PWS kepada pihak pengurusan surau dalam satu majlis ringkas yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan keberkatan.
Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memastikan kemudahan infrastruktur institusi agama sentiasa berada pada tahap optimum, sekali gus menyokong kelancaran pelaksanaan ibadah serta program pengimarahan surau.
Pemasangan sistem siar raya baharu ini dijangka memberi impak signifikan terhadap keselesaan jemaah serta mempertingkat keberkesanan penyampaian kuliah, tazkirah dan pengumuman rasmi kepada komuniti setempat.
PWS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pewakaf atas sokongan berterusan dalam memperkasa agenda pembangunan wakaf di Negeri Selangor. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan memberi manfaat kepada generasi kini dan akan datang.
Marilah bersama memperkukuh institusi ibadah melalui amalan wakaf yang konsisten dan berimpak.
No Comments