28 Februari 2026 – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) terus memperkukuh agenda advokasi wakaf bersempena Bulan Wakaf Selangor melalui penganjuran sesi Tazkirah Ramadan di Masjid At-Toyyibin, Kampung Endah.
Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin bin Muhamad Sharil yang menekankan kepentingan menjadikan Ramadan sebagai madrasah tarbiah rohani serta peluang memperbanyakkan amalan wakaf sebagai sedekah jariah yang berterusan.
Pengisian tersebut turut mengajak para jemaah untuk memahami peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah yang mampu memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.
Program ini merupakan sebahagian daripada pendekatan turun padang PWS dalam mendekati komuniti masjid dan memperluas kefahaman masyarakat mengenai kepentingan wakaf dalam pembangunan sosioekonomi ummah.
Marilah bersama memperkasa wakaf sebagai legasi manfaat berpanjangan untuk ummah.
No Comments