DYTM Raja Muda Selangor Berkenan Melawat Van Klinik Mata Bergerak Wakaf Selangor Muamalat

DYTM Raja Muda Selangor Berkenan Melawat Van Klinik Mata Bergerak Wakaf Selangor Muamalat

4 Mac 2026, Cyberjaya – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melawat Van Klinik Mata (Mobile Eyecare) Bergerak Wakaf Selangor Muamalat (WSM) bersempena Majlis Ihya’ Ramadhan yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor diiringi oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor; YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS); serta YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

Lawatan tersebut memberi peluang kepada DYTM Raja Muda Selangor meninjau secara dekat kemudahan klinik bergerak yang diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan mata kepada masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan institusi wakaf negeri dalam memperluas manfaat wakaf kepada sektor kesihatan serta memperkukuh kesejahteraan masyarakat melalui pendekatan wakaf yang berimpak tinggi.

Menjunjung kasih Tuanku.

 

 

 

 

 

 

No Comments

Post A Comment