4 Mac 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyampaikan sumbangan Wakaf Fisabilillah berjumlah RM35,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Seksyen 24, Shah Alam bagi tujuan pembinaan tambahan bumbung kantin sekolah.
Serahan cek cura telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS dan diterima oleh Ustazah Norazlin binti Danuri, Guru Penolong Kanan (GPK) sekolah sebagai wakil rasmi pihak sekolah.
Sumbangan ini bertujuan menambah baik kemudahan sedia ada demi memastikan keselesaan serta keselamatan para pelajar ketika waktu rehat dan aktiviti sekolah.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PWS dalam memperkasa institusi pendidikan melalui dana wakaf yang diamanahkan oleh para pewakaf, sekali gus memastikan manfaat wakaf dapat dirasai secara langsung oleh komuniti pendidikan.
PWS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pewakaf yang terus menyokong agenda pembangunan wakaf di Negeri Selangor. Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan memberi manfaat kepada generasi masa hadapan.
Marilah bersama melazimi ibadah wakaf demi manfaat ummah yang berpanjangan.
No Comments