PWS Sampaikan Taklimat Wakaf kepada Warga Guru SRA Seksyen 24 Shah Alam

PWS Sampaikan Taklimat Wakaf kepada Warga Guru SRA Seksyen 24 Shah Alam

4 Mac 2026, Shah Alam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut mengadakan sesi taklimat Wakaf Tunai kepada barisan guru dan warga Sekolah Rendah Agama (SRA) Seksyen 24, Shah Alam sebagai sebahagian daripada usaha memperluas kesedaran wakaf dalam kalangan warga pendidik.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Ibnu Hubain bin Abdul Aziz, Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan PWS yang memberi penerangan mengenai konsep, mekanisme serta kelebihan ibadah wakaf sebagai amalan jariah yang berterusan.

Melalui sesi ini, para guru diberi pendedahan mengenai peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan ummah serta peluang untuk melazimi amalan wakaf secara konsisten sebagai sebahagian daripada budaya memberi dalam masyarakat.

Pendekatan advokasi ini mencerminkan komitmen PWS dalam memperluas kefahaman masyarakat terhadap wakaf, khususnya dalam sektor pendidikan yang memainkan peranan penting dalam pembentukan generasi masa hadapan.

PWS berharap usaha berterusan ini dapat menyemai kesedaran dan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam menyokong agenda pembangunan wakaf di Negeri Selangor.

Marilah bersama melazimi ibadah wakaf demi manfaat ummah yang berpanjangan.

No Comments

Post A Comment