12 Mac 2026, Sabak Bernam – Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima sumbangan Wakaf Tunai Korporat berjumlah RM480,000 sempena Majlis Ihya’ Ramadhan 1447H Daerah Sabak Bernam yang berlangsung di Masjid Marzukiyah, Kampong Lubuk Pusing.
Sumbangan wakaf tersebut telah disempurnakan akadnya di hadapan DYTM Raja Muda Selangor sebagai simbol komitmen berterusan sektor korporat dan pihak berkuasa tempatan dalam memperkasa agenda pembangunan wakaf negeri secara strategik dan mampan.
Majlis ini turut menyerlahkan sokongan padu pelbagai pihak dalam memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan sosioekonomi ummah yang memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat.
Perbadanan Wakaf Selangor menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan DYTM Raja Muda Selangor mencemar duli menerima menghadap para pewakaf serta menyaksikan penyerahan sumbangan wakaf dalam majlis penuh keberkatan tersebut.
No Comments